Tuesday, November 4, 2008

Sifat Redha

Sifat Redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allahs.w.t. Pengetian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan (hukum) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t. Redha terhadap Allas.w.t. terbahagi kepada dua iaitu:

1. Redha menerima peraturan (hukum) Allah s.w.t. yang dibebankankepada manusia.
2. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

1. Redha menerima hukum Allah s.w.t.

Redha menerima hukum-hukum Allas s.w.t. adalah merupakan manifastasidaripada kesempurnaan iman, kemuliaan takwa dan kepatuhan kepada Allahs.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senanghati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Mereka tunduk dan patuhdengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senangmenerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t dan Rasul-NYA adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t dan inilahtanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepada-NYA. Pada dasarnya segala perintah Allah s.w.t baik yang wajib mahupun yang sunat,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian jugadengan larangan-larangan Allah s.w.t hendaklah dijauhi dengan lapang dada.

2. Redha dengan Qada'

Redha dengan qada' merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah(malapetaka). Di dalam hadis yang diungkapkan bahawa di antara orangyang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.tiaitu mereka memuji Allah s.w.t (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan yang senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w apabila memperolehi kegembiraan Bagindaberkata: " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-NYA menjadi sempurnalah kebaikan". Dan apabila mendatangkan perkara yang tidakmenyenangkan, Baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas segala perkara".

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.tketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkanbersandar kepada 2 pengertian:

PERTAMA: Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allahs.w.t memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi diri-NYAkerana DIAlah sebaik-baik Pencipta. Dialah yang Maha Bijaksana atassegala sesuatu.

KEDUA: Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allahs.w.t itulah yang paling baik, dibandingkan dengan pilihan dankehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Friday, October 3, 2008

Kemalangan: Antara takdir dan kelalaian manusia

Oleh MOHD. SHAUKI ABD. MAJID

DALAM hubungan kelalaian manusia yang dikatakan punca berlakunya kemalangan jalan raya memang ia dianggap sebagai satu takdir. Namun takdir berlakunya kemalangan jalan raya itu disebabkan oleh kecuaian dan sikap buruk kita. Sikap seperti ini pada pandangan agama sebagai 'tahlukah' (menuju kebinasaan). Allah SWT berfirman yang bermaksud:
''Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berlaku baiklah sesungguhnya Allah SWT sukakan orang yang melakukan kebaikan" (Surah al-Baqarah ayat 195).
Memang benar takdir telah ditentukan Allah, tetapi kita tidak harus memahami takdir dalam pengertian segala sesuatu telah ditetapkan perincian kejadiannya oleh Allah, sehingga manusia tidak dapat mengelaknya. Takdir adalah ketentuan terhadap sesuatu berdasarkan sistem yang ditetapkan-Nya. Siapa bersandar di tembok yang rapuh akan ditimpa runtuhannya, dan siapa yang menjauhi tembok itu akan terselamat. Kedua-dua ini adalah takdir-Nya, namun demikian manusia berpotensi untuk memilih dan berusaha menghindarinya.Salah satu usaha tersebut adalah doa. Justeru itu kita dapat berkata bahawa ada ketetapan-Nya yang telah pasti dan ada pula yang bersyarat. Siapa tahu salah satu syarat itu adalah doa, sehingga apa yang diperolehi mereka yang berdoa, sudah tentu berbeza dengan apa yang dialami oleh mereka yang tidak berdoa.Memandu dengan laju tanpa menghiraukan peraturan dan undang-undang jalan raya sekiranya berlaku kematian, maka kematian itu adalah sebagai mati katak bukan syahid kemalangan. Di sini kita perlu memahami konsep takdir yang sebenar kerana banyak salah faham berlaku di kalangan masyarakat yang menganggap takdir itu adalah kerja Allah SWT yang Maha Esa tanpa aspek yang lain-lain. Memang pada hakikatnya semua yang berlaku ini sama ada baik atau jahat sudah dalam pengetahuan ilmu Allah sejak dari azali lagi, sedangkan kita tahu ilmu-Nya tersebut bukan tugasnya (sifat ilmu itu) menentukan sesuatu (baik atau buruk) kepada hamba-Nya. Manakala kehendak-Nya pula bertindak memilih selaras dengan kemahuan hamba-Nya. Justeru itu balasan baik atau buruk hanya bergantung kepada pilihan hamba sendiri . Manusia adalah kejadian-Nya yang terpilih, dijadikan lengkap dengan segala keperluannya sebagai tempat yang boleh melaksanakan arahan dan menerima perintah-Nya. Dan manusia juga diberikan kebebasan memilih ke kanan atau kiri, baik atau buruk dan seterusnya.Kita juga tahu bahawa iradat (kehendak ketuhanan) itu akan berlaku menurut sunah-Nya yang diletakan di dalam kejadian makhluk-Nya. Justeru itu bila Allah hendak menjadikan manusia, Dia tidak mengatakan jadilah kamu lalu kamu terus wujud lengkap dengan segala-galanya. Tetapi manusia tadi akan dijadikan menurut proses peraturan-Nya iaitu bermula dari mani kemudian bayi kepada remaja, dewasa dan seterusnya. Kita tidak boleh mengatakan segala apa yang berlaku itu tanpa ada sebab dan pendahuluannya. Dalam hal ini Umar r.a pernah mengatakan kita lari dari qadar-Nya (yang buruk) kepada qadar-Nya (yang baik dan selamat). (Hadis riwayat Bukhari).Demikianlah makna qadar bukan bererti Allah mencabut kemahuan dan pilihan daripada seseorang, sebab dia sendiri boleh berusaha mengubah sikap sombong, mementingkan diri serta cuai ketika memandu.
Kita selalu diperdengarkan firman-Nya yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa (nasib) yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa (sikap) yang ada pada diri mereka". (Surah ar- Ra'du ayat 11).
Apabila berada di jalan raya terutama di hari-hari perayaan ini kita diingatkan supaya mempastikan segalanya berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan . Agama menuntut kita agar jangan terlalu gembira sangat sehingga hilang tumpuan kita untuk sampai ke destinasi yang sebenar. Sekiranya kita berasa letih dan mengantuk hendaklah berhenti rehat dan buatlah sedikit senaman ringan.Demikian juga perjalanan tersebut hendaklah dimulakan dengan doa yang selalu diajar antara lain ialah

"subhaana llazi sakhkhara lana haza wama kunnaa lahuu muqriniin wainna ila Rabbinaa lamunqalibuun".
Menurut kata setengah ulama sesiapa yang membaca doa ini ketika hendak berlepas dari satu tempat, dia pasti akan dikembalikan ke tempat itu dengan selamat. Insya Allah.

Wallahu a'lam

Tuesday, September 23, 2008

Seketika Bersama Al-Quran : Iman digilap melalui Ujian

Muqaddimah Surah Ankabut mengingatkan kita bahawa Iman yang kita miliki sentiasa perlu digilap melalui ujian-ujian Allah taala yang terkadang berlaku di luar dugaan kita.

Dengan bahasa yang jelas tanpa berselindung Allah taala berfirman yang mafhumnya :

( Alif lam min, Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan begitu sahaja setelah melafazkan : kami telah beriman, tanpa diuji? (pada diri dan harta mereka) dan kami telah pun menguji orang-orang sebelum mereka (dengan pelbagai ujian dan dugaan, maka dengan dugaan itulah akan menampakkan kebenaran orang-orang yang benar, dan pendustaan golongan yang dusta.)

Iktibarnya :

1. Iman perlu digilap dgn ujian.

2. Imam Syafie bila diuji mengharapkan ujian itu berpanjangan kerana menjiwai nikmat perhatian Allah taala terhadapnya.

3. Ujian sentiasa mematangkan manusia dan mendekatkan diri mereka dgn yang maha mencipta.

Salam Tadabbur

Sunday, September 21, 2008

Kelayakan Dalam Kepimpinan

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya:


"Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ianya pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya." *1


Dalam riwayat al-Imam Muslim yang lain : Daripada Abu Zar, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai Abu Zar, sesungguhnya aku melihat engkau seorang yang lemah, sesungguhnya aku suka untuk engkau apa aku suka untuk diriku. Maka jangan engkau menjadi ketua ke atas dua orang dan jangan engkau uruskan harta anak yatim."


---------------------------------------



Huraian


Dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. tidak memberikan jawatan sekalipun kepada Abu Zar, seorang sahabat yang sangat dikasihi baginda, apabila dilihat ciri-ciri kelayak tidak wujud sepenuh. Abu Zar adalah seorang sahabi yang soleh lagi warak dan zuhud. Namun begitu, amanah jawatan dan politik berhajat ciri-ciri yang yang lebih dari itu, yang bukan semua individu memilikinya. Justeru itu tidak semua sahabah layak mengendalikan urusan siyasah atau politik seperti al-Khulafa ar-Rasyidun. Demikian juga bukan semua mereka kuat agama boleh mengendalikan urusan politik.


Juga hadith ini menonjolkan sikap yang terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabah yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.


Juga hadith ini menonjolkan sikap yang terpuji Abu Zar r.a. yang meriwayatkan ucapan Nabi s.a.w, sekalipun inti kandungannya menyatakan kelemahan dirinya dalam kepimpinan. Ini amanah ilmu dan kejujuran para sahabah yang menyampaikan ajaran Rasulullah s.a.w kepada umat.


Berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka para ulama ahli sunnah yang silam seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) telah membahaskan persoalan ini. Dengan itu umat Islam tidak sepatutnya hilang garisan dalam perlantikan dan pemberian kuasa terutamanya dalam hal politik.


Hadith ini juga menjelaskan besarnya tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan di dalam Islam dan bukan sebarangan individu yang benar-benar mampu memikulnya.

Justeru itu memberikannya kepada seseorang yang tidak memiliki keahlian atau kelayakan adalah punca kerosakan masyarakat dan umat. Kerosakan sistem masyarakat menatijahkan kerosakan individu keseluruhannya. Nabi s.a.w. sering memberi amaran tentang kemusnahan hidup apabila amanah dikhianati.


Sabda Nabi s.a.w. Maksudnya:


"Daripada Abu Hurairah dia berkata: “Ketika Nabi s.a.w. di dalam suatu majlis berbicara dengan orang ramai maka datang seorang `arab badawi lalu bertanya: "Bilakah hari kiamat?". Rasulullah s.a.w. meneruskan ucapannya. Ada yang berkata "Baginda dengar (apa yang ditanya) tetapi baginda tidak suka apa yang ditanya". Sementara yang lain pula berkata "Bahkan baginda tidak mendengar". Apabila telah selesai ucapannya, bagida bertanya: "Manakah orang yang menyoal". Jawab (badawi tersebut): "Saya di sini wahai Rasulullah". Baginda bersabda: "Apabila dihilangkan amanah maka tunggulah kiamat". Tanya badawi tersebut: "Bagaimanakah menghilangkan amanah itu". Sabda baginda: "Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat". *2



Firman Allah


(maksudnya) "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia hendaklah kamu berhukum dengana `adil." *3


Kata al-Imam al-Qurtubi : "Ayat ini adalah pusat segala hukum-hakam yang mengandungi seluruh isi agama dan syara'." Katanya juga: "Yang sebenarnya ayat ini adalah umum untuk semua manusia, ianya menyentuh para pemerintah mengenai amanah yang mereka tanggung dalam membahagikan harta-harta, menolak segala kezaliman dan adil dalam pemerintahan. Demikian juga, ayat ini juga menyentuh golongan yang selain mereka.." *4


Itulah titah perintah Allah, agar posisi penting di dalam kepimpinan umat hanya diberikan kepada yang benar-benar layak menyendalikannya sehingga tidak berlakunya kepincangan, kecacatan dan kezaliman. Persoalan amanah merangkumi setiap aspek hidup, terutamanya persoalan kenegaraan. Termasuk dalam rangkaian amanah persoalan pentadbiran rumahtangga, pejabat, kampung, sekolah dan seumpamanya. Namun huraian para ulama banyak tertumpu kepada persoalan sistem politik dan negara kerana natijah kerosakan adalah besar jika amanah mengenainya diabaikan. Sekiranya pemimpin yang dipilih berkelayakan maka sejahteralah seluruh rangkaian di bawahnya. Sekiranya cacat maka cacatlah seluruh rangkaian dibawahnya.


Di atas nama amanah maka seseorang dituntut membuat pemilihan dan perlantikan yang tepat dengan tuntutan jawatan yang ada. Sekiranya tidak, maka dia dianggap pengkhianat.

Apakah ciri-ciri yang jika seseorang melandasinya maka dia tidak dianggap khianat dalam perlantikan?


Secara umumnya pemilihan yang bertanggungjawab berteraskan dua ciri asas yang mesti ada pada tokoh yang bakal dipilih iaitu ciri al-Quwwah dan al-Amanah.


Allah menyebut di dalam al-Quran menceritakan kisah Musa a.s.:


(maksudnya) "Sesungguhnya sebaik-baik orang yang hendak engkau ambil bekerja ialah yang kuat (berkemampuan) dan amanah (dipercayai)." *5


Maka tugasan yang diberikan kepada seseorang wajar dilihat pada dua ciri utama yang disebut di dalam nas di atas. Ini seperti yang dihuraikan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah di dalam as-Siyasah asy-Syar`iyyah fi Islah ar-Ra`i wa ar-Ra`iyyah iaitu:


Pertama: Al-Quwwah iaitu kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas.


Ciri-ciri al-Quwwah atau kemampuan merujuk bidang tugas yang diberikan. Contohnya, jika jawatan berkenaan berkaitan ekonomi konsep al-Quwwah merujuk kepada kemahirannya dalam pengurusan ekonomi. Bagi bidang kehakiman maka al-Quwwah merujuk kepada pengetahuan dalam persoalan hukum-hakam. Dalam bidang ketenteraan merujuk kepada persoalan kepakaran medan perang, semangat juang dan keberanian.


Kedua: Al-Amanah iaitu bersikap amanah atau bertanggungjawab.


Ini merujuk kepada tiga perkara utama iaitu: Takutkan Allah, Tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah untuk mendapat habuan dunia dan tidak takutkan manusia. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: "Hendak dipastikan orang yang terbaik bagi setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah dan al-Amanah. Ini seperti yang Allah firmankan:


(maksudnya) "Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah."


Kata Raja Mesir kepada Yusuf a.s. :


(maksudnya) "Sesungguhnya kamu hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai" *6


Firman Allah dalam menyifatkan Jibril:


(maksudnya) "Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril). Yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi (Allah) yang mempunyai `arsy. Yang ditaati (di alam malaikat) lagi dipercayai) *7


Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah lagi: "Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kemampuan dalam berbagai jenis peperangan. ... al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan as-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia. Inilah tiga ciri yang ditetapkan Allah bagi setiap yang memerintah manusia, firman Allah:


(maksudnya): "Kerana itu janganlah kamu takutkan manusia (tetapi) takutlah Aku, jangan kamu membeli ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barang siap yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah maka mereka itulah orang-orang kafir) [Surah al-Maidah: ayat 44] *8


Oleh itu sesiapa yang melantik atau memilih seseorang bagi mengendalikan sesuatu urusan yang berkait dengan umat tanpa diteliti persoalan al-Quwwah dan al-Amanah atau persoalan kemampuan dan amanah bererti telah menyerahkan urusan bukan kepada ahlinya. Perbuatan itu mengundang kemurkaan Allah.


Timbangan yang telah digariskan oleh al-Quran dan dihuraikan as-Sunnah serta dibahaskan oleh sarjana-sarjana atau para ulama Islam yang seperti Ibn Taimiyyah, dapat dimanfaatkan oleh setiap individu dalam mengatur urusan pentadbiran dan kehidupan dalam semua aspek. Di mana pun posisi seseorang, sama ada pemimpin negara di peringkat negara atau negeri atau apa sahaja, maka setiap tugasan yang bakal diserahkan kepadanya berpandukan konsep al-Quwwah iaitu kemampuan untuk melaksanakan dan al-Amanah iaitu perasaan takutkan Allah dari melakukan pengkhianatan atau kecuaian. Sekiranya dua perkara ini dipastikan, maka sudah tentu tanggungjawab kepimpinan tidak akan dicemari, kekusutan masyarakat tidak akan timbul.


Kadangkala kita mungkin bertembung dengan satu masalah iaitu ketandusan tokoh untuk sesuatu jawatan melainkan dua orang atau jenis kelompok sahaja, seorang atau satunya daripadanya memiliki al-Quwwah atau kekuatan dan kemampuan tetapi kurang amanah, sementara seorang lagi satu kelopok lagi memiliki ciri amanah iaitu solih dan bertanggungjawab tetapi lemah atau tidak berkemampuan, siapakah yang patut dipilih?


Dalam hal ini maka para `ulama al-siyasah al-syar`iyyah menyatakan pemilihan dalam keadaan sebegini hendaklah dilihat kepada jenis atau keadaan jawatan yang hendak diserahkan, kemudian menilai siapakah yang paling boleh memberi manfaat dan paling kurang mudharatnya apabila menduduki jawatan tersebut. Sekiranya jawatan berkenaan berteraskan kepada kekuatan seperti medan peperangan maka hendaklah didahulukan yang memiliki kekuatan dan keberanian walaupun kurang solih ataupun tidak baik peribadinya. Sekiranya jawatan berhajat kepada amanah yang lebih seperti mengendalikan kewangan maka hendaklah didahulukan yang amanah walaupun ada kelemahan dalam pengurusannya.


Di atas sebab ini maka Rasulullah s.a.w. memilih Khalid bin al-Walid r.a. mengepalai tentera Islam dan menggelarnya sebagai pedang Allah walaupun ada para sahabah yang lebih besar kedudukannya di sisi Nabi s.a.w. Ini kerana kemampuan yang dimiliki Khalid tidak dimiliki oleh mereka. Sekalipun Rasulullah s.a.w. pernah menegur beberapa tindakan Khalid yang tidak disetujui oleh baginda. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: [i]"Apabila dua orang lelaki, salah seorangnya lebih amanah dan seorang lagi lebih kuat (mampu) maka hendaklah didahulukan yang lebih bermanfaat untuk jawatan berkenaaan dan paling kurang mudharatnya bagi jawatan tersebut. Maka dalam mengepalai peperangan, lelaki yang kuat dan berani walaupun padanya ada kejahatan diutamakan dari lelaki yang lemah dan tidak berkemampuan walaupun dia seorang yang amanah. Ini seperti yang ditanya kepada al-Imam Ahmad: Mengenai dua lelaki yang menjadi ketua di dalam peperangan, salah seorangnya kuat tetapi jahat dan seorang lagi solih tetapi lemah, siapakah yang layak berperang? Jawab al-Imam Ahmad: "Yang kuat dan jahat, kekuatan untuk kepentingan orang Islam, kejahatannya untuk dirinya sendiri adapun yang solih tetapi lemah maka kesolihannya untuk dirinya tetapi kelemahannya merugikan orang Islam" *9


Maka dalam perlaksanaan pembahagian tugas atau perlantikan jawatan, hendaklah dipastikan perkara berikut:


Pertama: Melantik individu atau tokoh yang memenuhi ciri al-Quwwah dan al-Amanah,


Kedua: Sekiranya berlaku kekurangan tokoh yang berlayakan melainkan setiap orang memiliki kecacatannya yang tersendiri, maka hendak dibandingkan kelemahan yang ada dengan tugas yang bakal dipikul. Ini dilihat siapakah yang paling bermanfaat dan paling kurang mudarat untuk tugasan tersebut.


Oleh itu usaha untuk mewujudkan kelompok manusia yang memiliki dengan sempurna kedua-dua ciri ini adalah tanggungjawab besar umat agar terpeliharanya kita daripada golongan yang khianat dan merosakkan masyarakat. Perlu disedari, apa ertinya jika generasi pakar teknologi atau ilmu-ilmu lain yang tanpa amanah atau dalam kata lain perasaan takutkan Allah yang akan menyebabkan mereka menggunakan kepintaran dan kecekapan untuk merosakkan tanggungjawab, melanggar hukum-hakam Allah sekaligus merosakkan umat. Pun begitu kita juga tidak mahu menyerahkan tugasan kepimpinan umat kepada suatu kelompok manusia yang baik, salih atau pandai agama tetapi jahil tentang selok belok pentadbiran dan perlaksanaannya sehingga mudah ditipu oleh golongan musuh dan pengkhianat yang menyebabkan kelemahan dan kelembapan perjalanan urusan umat.


Maka menjadi tanggungjawab umat mencari pemimpin yang solih lagi takutkan Allah dengan melaksanakan seluruh arahan dan meninggalkan seluruh tegahanNya di samping pakar dan cekap dalam mengendalikan pentakbiran dan urusan.


---------

Larangan Meminta Jawatan Kepimpinan

Maksud: Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" *1


Hadith menjelaskan satu kaedah yamg penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa.


Al-Qadhi al-Baidawi (meninggal 537H) dalam mensyarahkan persoalan meminta jawatan kepimpinan: "Tidak sepatutnya bagi yang berakal bergembira dengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan dengan penyesalan". Berkata al-Muhallab (meninggal 435H) pula : Keinginan untuk memperolehi kuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah. *2



Justeru itu, Islam menghalang jawatan daripada jatuh ke tangan mereka yang tamakkannya dengan membuat kaedah sesiapa yang meminta maka dia tidak dilantik. Ini dapat menyelamatkan dua perkara bahaya:


i. Amanah kepimpinan jatuh ke tangan mereka yang tidak takutkan Allah dan tidak memahami bahawa kepimpinan akan dipersoalkan di akhirat.


ii. Berlakunya perebutan kuasa di kalangan ummat yang akhirnya membawa kehancuran.


Persoalan kepimpinan di dalam Islam bukan sahaja melibatkan perkara kepakaran tetapi juga membabit persoalan keberkatan dan pertolongan Allah yang bakal turun kepada kepimpinan yang beriman dan bertaqwa. Oleh itu dalam hadith yang lain, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim baginda Nabi s.a.w. menasihati sahabatnya `Abd ar-Rahman bin Samurah


Maksudnya:

"Wahai `Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan pemintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa pemintaan maka engkau dibantu" *3


Kata al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari: "Maksud hadith di atas ialah sesiapa yang meminta jawatan pemimpin lalu diberikan kepadanya maka dia tidak diberikan bantuan disebabkan keinginannya...".katanya lagi: "Sesiapa yang tidak mendapat bantuan daripada Allah terhadap pekerjaannya maka dia tidak akan mempunyai kemampuan melaksanakan pekerjaan tersebut. Oleh itu maka tidak sepatutnya diterima pemintaannya (untuk menjadi pemimpin)." *4


Dalam kata lain, sesiapa yang meminta jawatan, maka Allah tidak akan menolongnya jika dia memerintah. Sesiapa yang tidak ditolong Allah tentu dia gagal melaksanakan amanah seperti yang dikehendaki Allah, sama ada yang kecil ataupun yang besar dan dalam apa urusan sekalipun. Orang telah dipastikan dia tidak dibantu Allah adalah nyata kegagalannya dari awal lagi, maka wajar dia dihalang dari diberikan jawatan berkenaan.


Namun ini bukanlah bererti mustahil untuk dia melakukan kebaikan dan keadilan pada orang dibawahnya. Ada pemimpin yang kafir tetapi dapat melakukan kebaikan dan keadilan. Ini adalah hasil daripada usaha dan kesungguhannya bersama dengan keizanan Allah. Namun pertolongan Allah dengan keberkatan dan rahmatNya tidak akan diperolehi jika seseorang tamakkan kuasa.


Di sudut yang lain, mereka yang menuntut jawatan sebenarnya telah meletak keistimewaan atau kelayakan pada sendiri. Ini adalah lambing keegoan, sedangkan Allah telah berfirman di dalam Surah an-Najm ayat 32



Maksudnya:"Jangan kamu menyatakan diri kamu suci"


Kata `Abd ar-Rahman Ibn Nasir al-Sa'di dalam tafsirnya: "Ayat bermaksud jangan kamu memberitahu manusia mengenai kesucian (kebaikan) jiwamu kerana mencari pujian di sisi mereka". *5


Meminta jawatan adalah suatu bentuk menuntut diiktiraf kelebihan diri di hadapan orang lain. Sedangkan Islam mahu supaya jawatan dipikul oleh mereka yang dibaluti dirinya dengan tanggungjawab, kesedaran dan penuh rendah diri di hadapan Allah dan memahami benar-benar ianya merupakan amanah dan beban bukan tempat kemegahan.


Maksud: Daripada Abu Musa r.a. (Allah telah meredhainya) katanya: Aku dan dua orang lelaki dari kaumku telah masuk kepada Nabi s.a.w.. Salah seorang daripada dua lelaki berkenaan berkata: Lantiklah kami menjadi ketua wahai Rasulullah!. Yang seorang lagi juga berkata demikian. Lalu baginda bersabda: "Sesungguhnya kami tidak melantik dalam urusan ini sesiapa yang memintanya atau bercita-cita untuk mendapatkannya" *1


Hadith menjelaskan satu kaedah yamg penting dalam perlantikan jawatan kepimpinan atau kuasa iaitu tidak boleh diberikan kuasa atau jawatan kepada yang memintanya atau tamakkannya. Ini kerana jawatan di dalam Islam adalah amanah dan ianya diterima dengan tanggungjawab dan perasan takutkan Allah sedang mereka yang memintanya atau tamkkannya adalah tanda golongan yang merasai besarnya tanggungjawab di hadapan Allah. Maka menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang mempunyai kuasa menentu dan memilih untuk tidak memilih mereka yang tamakkan kuasa.


Al-Qadhi al-Baidawi (meninggal 537H) dalam mensyarahkan persoalan meminta jawatan kepimpinan: "Tidak sepatutnya bagi yang berakal bergembira dengan suatu kelazatan yang akan diikuti dengan dengan penyesalan". Berkata al-Muhallab (meninggal 435H) pula : Keinginan untuk memperolehi kuasa adalah sebab berlaku peperangan di kalangan manusia kerananya sehingga ditumpahkan darah, dicemari harta dan maruah. *2


Kata Muhammad `Abd al-Qadir Abu Faris dalam An-Nizam as-Siyasi fi al-Islam: "Secara umumnya meminta menjadi pemimpin adalah dilarang di dalam Islam. Dalil-dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang ada mengukuh hukum haram atau sekurang-kurangnya makruhnya perkara tersebut . *6


Oleh itu, para pemimpin yang beriman hendaklah memastikan mereka yang dilantik menguasai apa-apa urusan orang Islam terdiri dari kalangan yang dibantu perlaksanaan kerjanya oleh Allah ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Hendaklah dielakkan dari melantik mereka yang tidak dibantu Allah. Antara cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk mengenal individu yang tidak dibantu oleh Allah ialah orang meminta jawatan.


Kata al-Imam al-Syaukani (meninggal 1255H) : “Kesimpulan, apabila seseorang yang meminta jawatan tidak mendapat pertolongan Allah, maka apa-apa jawatan yang dipegangnya akan menjatuhkannya dalam kesusahan dan kerugian dunia dan akhirat, maka tidak dihalalkan melantik orang seperti itu”. *7


Namun begitu jika ada yang ingin memperolehi jawatan di atas dasar mengelakkan umat dari dikuasai golongan yang zalim dan melampaui batasan Allah. Para ulama Islam seperti al-Imam al-Mawardi (meninggal 450H) di dalam Al-Ahkam as-Sultaniyyah menyebut bahawa adakalanya meminta jawatan memperolehi pahala sekiranya tujuan untuk menegakkan kebenaran dan dibimbangi orang yang tidak layak mendapat tempat tersebut *8


Pendapat al-Mawardi ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w. di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud :


Maksudnya: Sesiapa yang meminta jawatan qadhi muslimin sehingga dia memperolehinya kemudian keadilannya mengatasi kezalimannya maka baginya syurga. *9


Ertinya, asal di dalam sistem siyasah Islam individu dilarang merebut jawatan kepimpinan umat atau memintanya, namun perkara tersebut dikecuali disebabkan darurat atau tuntutan yang amat sangat daripada sesuatu keadaan di mana jika golongan yang soleh tidak mengambilnya maka ianya akan jatuh ke tangan golongan mungkar. Justeru itu, tuntutan baru muncul membenarkan jawatan kepimpinan direbut atau diminta. Ini mendorong Nabi Yusuf a.s. meminta jawatan dalam kerajaan Mesir, katanya:



Maksudnya:

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya.Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan. *10


Kata al-Qurtubi: “Sesungguhnya Yusuf a.s. hanya meminta kuasa setelah dia mengetahui bahawa tiada sesiapa yang setanding dengannya, yang dapat melaksanakan keadilan, islah dan menyampaikan hak-hak fakir miskin. Dia melihat yang demikian itu adalah fardu `ain bagi dirinya, kerana tiada siapa lagi selain dia. Demikian juga hukumnya pada hari ini.Sekiranya seseorang insan tahu mengenai dirinya, bahawa dia dapat menegakkan kebenaran dalam kehakiman dan hisbah, sementara tiada seseorang pun yang sesuai dan setanding dengannya maka jawatan itu fardu `ain ke atas dirinya. Wajib dia mengendali dan memintanya. Dia juga hendaklah memberitahu sifat-sifatnya yang melayakkan memperolehi jawatan tersebut iaitu ilmunya, kemampuannya dan lain-lain”


----------

Saturday, August 30, 2008

Teknik Atasi Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan atau stress boleh dihindari jika anda berupaya meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk mengatasinya.

Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin.

Punca stress amat penting diketahui jika tidak anda akan teraba-raba dan gagal mengatasi masalahnya. Buat beberapa garis panduan yang menjadi keutamaan dalam menyelesaikan masalah anda. Cuba selesaikan satu persatu.

Teknik Melegakan Stress

Walaupun tidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.

1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.

2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.

3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.

4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.

5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.

6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.

7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.

8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.

9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

'Yakin pada Idealisma, Setia pada Perjuangan...'

Thursday, August 14, 2008

URGENT!!

If you meet a guy who rides a motorbike with bloody hand knocking your windowdemand

you to stop and asking for tissue paper to clean the blood when you aredriving a car,

remember DO NOT stop the car. at all. Even how he damages yourcar or holds the side

mirrors tightly also DO NOT stop the car but directlydrive to the nearest police station.

This kind of criminal tactics had beenreported about 40 cases in Seremban,K. Lumpur, Shah

Alam, P.Jaya and Klang Townpolice stations (actually around the whole country also happen).

These guys are mainly Indian gangsters, They work in a group and dared tocommit this

criminal even in the crowded area whereby no body will dare to stopthe car to help you.

The main purpose of this dirty tactic is to rob you and /or even commit rape if you are female

driver driving alone. Please spread this message to the people you care about at your best